PERSATUAN PENERBIT FILEM MALAYSIA (PFM)

Memperkasakan Industri Filem, TV & Media Digital Malaysia Sejak 1980

Tentang PFM

Ditubuhkan pada tahun 1980, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merupakan badan yang mewakili penerbit filem, pencipta kandungan televisyen dan profesional media digital di Malaysia. Sebagai suara utama industri hiburan negara, PFM memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kepentingan ahli-ahlinya, memajukan standard industri, serta membentuk dasar dan hala tuju pembangunan sektor media dan kandungan kreatif tempatan. Sejak penubuhannya, PFM terus komited dalam memperkukuh ekosistem industri hiburan Malaysia agar kekal relevan, berdaya saing dan mampan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.


 

 

Penerbitan Filem

PFM menyokong penuh pengeluaran filem cereka tempatan dan mempunyai pegangan pasaran melebihi 90% melalui kutipan Box-Office ahli-ahli PFM. Dengan memperjuangkan dasar industri, menyediakan latihan kepada penerbit, membuka akses kepada pembiayaan dan mempromosi filem tempatan ke pasaran lebih luas. PFM komited memastikan filem cereka Malaysia terus berkembang, berkualiti dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kandungan Televisyen

PFM menghimpunkan penerbit-penerbit kandungan televisyen yang aktif dan berpengalaman dalam industri. Ahli-ahli PFM menghasilkan pelbagai genre kandungan termasuk drama, dokumentari, majalah, hiburan, dan program realiti yang bukan sahaja memenuhi citarasa penonton tempatan, malah menembusi pasaran antarabangsa. PFM terus menjadi pemangkin kepada pembangunan industri televisyen negara melalui penghasilan kandungan berkualiti tinggi. Selain itu, keahlian dalam PFM turut membuka peluang jaringan (networking) profesional antara penerbit, sekali gus memupuk kerjasama, pertukaran idea, dan perkongsian pengalaman secara berterusan.

Media Digital

PFM menerima dan menyokong perkembangan teknologi baharu serta platform digital sebagai saluran penting untuk pengedaran kandungan. Dengan memahami perubahan landskap media, PFM menggalakkan ahlinya untuk meneroka peluang dalam penstriman, media sosial, dan platform atas talian lain bagi memastikan kandungan tempatan terus relevan, mudah diakses, dan berdaya saing di era digital.

Video Youtube

KUTIPAN TERTINGGI BOX-OFFICE FILEM TEMPATAN

Ejen Ali The Movie 2

Ejen Ali: The Movie 2 menandakan satu lonjakan besar dalam industri animasi Malaysia, dengan gabungan visual berkualiti tinggi, jalan cerita yang penuh mendebarkan, serta pembangunan watak yang mendalam. Filem ini bukan sahaja mencatat kutipan Box-Office yang memberangsangkan, malah telah mencipta rekod sebagai filem cereka animasi dengan kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia.

SHERIFF

Filem Sheriff terbitan Skop Productions dan Astro Shaw arahan Syafiq Yusof mula ditayangkan pada 19 April 2024, dengan menampilkan gandingan Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan yang mengetengahkan kisah keberanian pasukan polis membanteras sindiket dadah.

Blood Brothers: Bara Naga

8 April 2025 - Filem Blood Brothers: Bara Naga diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios, Enotech, Komet Productions, M Republic dan D'Ayu Pictures. Pengarahan: Syafiq Yusof & Abhilash Chandra mendapat kutipan Box-Office berjumlah RM76 juta.

Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan

23 Jun 2022 - Sebuah filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd yang diarahkan oleh Syamsul Yusof secara langsung mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia, dengan kutipan Box-Office berjumlah RM97 juta. Filem ini berjaya memecahkan rekod kutipan box-office sebelum ini yang dipegang oleh filem Avengers: Endgame.

Info Terkini

28 October 2026 11:10:32

CADANGAN PENYERTAAN MALAYSIA DALAM BEIJING TREATY ON AUDIOVISUAL PERFORMANCES

27/10/2026 - MyIPO hari ini telah mengadakan Sesi Libat Urus Teknikal mengenai Beijing Treaty on Audiovisual...

Baca Lagi
21 October 2026 18:06:26

PFM PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA JPK DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERFILEMAN

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2026 – Biro Latihan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pembangunan Kemahiran...

Baca Lagi
16 October 2026 11:48:09

PFM SERTAI SESI LIBAT URUS CyCORE BAGI MEMBANTERAS CETAK ROMPAK DIGITAL

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah menyertai Sesi Libat Urus Program Cyber Copyright Enforcement (CyCORE) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Baca Lagi

Soal Jawab

Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya berkaitan perkhidmatan, ciri-ciri, dan polisi kami.

Hubungi Kami

Hubungi PFM. Kemukakan pertanyaan, komen atau maklumbalas.

Maklumat Perhubungan

Alamat

B-8-3A, Melawati Corporate Centre, Jalan Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Telefon

+603-4108 8660