PFM PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA JPK DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERFILEMAN

PFM PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA JPK DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERFILEMAN
21 October 2026 18:06:26
ZA

PFM PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA JPK DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERFILEMAN

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2026 – Biro Latihan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi membincangkan kerjasama strategik dalam pembangunan kemahiran, latihan dan pensijilan profesional untuk penggiat industri perfileman Malaysia, khususnya golongan penerbit.


Delegasi PFM diketuai oleh Datuk Ahmad Izham Omar, Pengerusi Biro Latihan, bersama Pn. Adriana Jasmay, Dr. Shashi Tharan dan En. Syazril Imri Amir Hamzah. Turut hadir ialah Zahrin Aris, Setiausaha Kehormat PFM.


Perbincangan memberi tumpuan kepada pengiktirafan pengalaman kerja melalui Recognition of Prior Learning (RPL), pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) serta pembangunan standard kemahiran pekerjaan (NOSS) yang bersesuaian dengan keperluan semasa industri, dengan penglibatan FINAS.


Sebagai langkah susulan, PFM merancang beberapa program latihan bagi tempoh 2026 hingga 2027, termasuk kelas perundangan berkaitan Understanding Investment Agreement, pensijilan kemahiran, bengkel penggunaan AI dalam pengurangan kos dan perancangan produksi, kelas Production Management serta program harta intelek bersama MyIPO.


PFM juga akan menyelaras taklimat pensijilan bersama JPK dan FINAS yang dicadangkan berlangsung pada November 2026 di pejabat PFM, Melawati Corporate Center.


Inisiatif ini mencerminkan komitmen PFM untuk memperkukuh profesionalisme, meningkatkan kompetensi tenaga kerja serta memperluas pengiktirafan kemahiran dalam industri perfileman negara.


#PFM #IndustriPerfilemanMalaysia #PembangunanKemahiran #PensijilanProfesional #LatihanIndustriKreatif


Share This Page

Latest Info

21 October 2026 18:06:26

PFM PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA JPK DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERFILEMAN

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2026 – Biro Latihan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pembangunan Kemahiran...

Read More
16 October 2026 11:48:09

PFM SERTAI SESI LIBAT URUS CyCORE BAGI MEMBANTERAS CETAK ROMPAK DIGITAL

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah menyertai Sesi Libat Urus Program Cyber Copyright Enforcement (CyCORE) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Read More
09 October 2026 20:27:37

PFM SAMBUT BAIK BELANJAWAN 2027, HARAP PERUNTUKAN RM130 JUTA PERKASA INDUSTRI KREATIF MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN PENERBIT FILEM MALAYSIA (PFM)

PFM SAMBUT BAIK BELANJAWAN 2027, HARAP PERUNTUKAN RM130 JUTA...

Read More