ZA
PERTEMUAN KHAS BIRO TV PFM & PROFIMA
3 September 2026 – Satu pertemuan khas antara Biro TV Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan PROFIMA telah diadakan bagi membincangkan pelbagai isu serta cabaran semasa dalam industri, khususnya berkaitan hubungan antara pekerja belakang tabir dan pihak penerbit.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, mencari solusi terhadap isu-isu yang dihadapi, serta membina persefahaman dan kesepakatan dalam usaha memperkukuhkan kerjasama antara PROFIMA dan Jawatankuasa Biro TV PFM.
Beberapa cadangan dan gerakan bersama turut dibincangkan bagi memastikan kepentingan, kebajikan serta kelangsungan industri dapat terus diberi perhatian oleh semua pihak dalam ekosistem industri kreatif.
Pertemuan ini dipengerusikan oleh Datuk Hasniza Nordin, dengan bantuan Pn. Adriana Jasmay.
Turut hadir mewakili AJK PFM ialah Dato’ Nancie Foo, Mr. Shuresh dan Zahrin Aris.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah positif ke arah mewujudkan hubungan industri yang lebih harmoni, profesional dan saling menghormati antara pekerja belakang tabir dan penerbit.
Bersama membina industri yang lebih kukuh, adil dan mampan.
#PFM #PROFIMA #IndustriKreatif #IndustriFilemMalaysia #PekerjaBelakangTabir