Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Ke-42, 2025

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Ke-42, 2025
24 July 2025 16:44:01
ZA

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Ke-42, 2025

Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 – Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-42 pada hari ini, dengan kehadiran para ahli PFM dari seluruh negara. Mesyuarat kali ini menyaksikan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan warga penerbit serta komitmen untuk terus memperkasa industri perfileman tanah air.


Turut hadir ke majlis tersebut ialah Mantan Presiden PFM ke-4, Tan Sri Kamarul Ariffin, yang kini juga merupakan Ahli Kehormat PFM. Kehadiran beliau memberi suntikan semangat dan penghormatan kepada perjuangan serta legasi kepimpinan terdahulu dalam membangunkan PFM.


Presiden PFM, Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli PFM yang telah memberikan kepercayaan penuh kepada barisan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2024–2026. Beliau menegaskan bahawa sokongan padu daripada ahli menjadi pemangkin utama kepada usaha PFM dalam memacu kemajuan industri.


Tahun 2024 juga mencatatkan beberapa pencapaian penting meskipun berdepan pelbagai cabaran. Antara kejayaan utama yang dibanggakan ialah pembangunan pejabat baharu PFM yang lebih strategik, selesa, dan dilengkapi dengan kemudahan untuk memperkasa program-program industri. Pusat ini dijangka menjadi medan pertemuan utama, bengkel, dan aktiviti berkala untuk semua ahli serta rakan industri.


PFM turut diberi kepercayaan menerajui Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA), memperkukuh lagi kedudukan PFM sebagai entiti penting dalam memperjuangkan kebajikan, hak, dan masa depan industri perfileman tempatan. Mandat ini akan dimanfaatkan dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan industri perfileman negara mampu beroperasi dengan lebih cekap, tersusun, dan mampan.


Mengakhiri ucapannya, Tuan Haji Burhanuddin menyeru agar lebih ramai penerbit filem menyertai PFM. Beliau menegaskan bahawa penyatuan suara dan tindakan kolektif adalah kunci kepada kekuatan industri. Dengan kerjasama semua pihak, PFM yakin dapat membawa industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.


Share This Page

Latest Info

04 September 2026 12:15:47

PERTEMUAN KHAS BIRO TV PFM & PROFIMA

3 September 2026 – Satu pertemuan khas antara Biro TV Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan PROFIMA telah diadakan...

Read More
04 September 2026 12:10:53

SESI PITCHING CERITA MALAYSIA – TV3

3 Sept 2026 - Proses Sesi Pitching Cerita Malaysia TV3 anjuran bersama ...

Read More
04 April 2026 18:57:44

Pitching Cerita Malaysia 2026

MAKLUMAN RASMI KEPADA SEMUA AHLI PFM


Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa penyertaan bagi...

Read More

News List